PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA
1. Hendaklah menggunakan borang rasmi koperasi
2. Borang yang dihantar mestilah lengkap beserta dokumen yang diminta
3. Keanggotaan koperasi beserta dengan caruman CAKNA 2
KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
1. Terbuka kepada warga pendidikan yang berkhidmat di peringkat persekutuan atau Negeri Terengganu
2. Seseorang yang ingin menjadi anggota mestilah :
a) Warganegara Malaysia
b) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
c) Berumur tidak melebihi 55 tahun.
3. Bagi anggota baru caruman CAKNA 2 adalah sehingga umur 50 tahun sahaja.
4. Setiap permohonan dikenakan fi kemasukan sebanyak RM50.00 (Ringgit Lima Puluh)
5. Bekas anggota tidak layak untuk memohon semula.
YURAN YANG DIKENAKAN
Minima per bulanan :-
Perkara |
RM |
Yuran |
30.00 |
Kebajikan (CAKNA 1) |
6.00 |
CAKNA 2 |
10.00 |
Segala pertanyaan berhubung keanggotaan KOGURU boleh berhubung terus ke alamat dan nombor telefon tertera atau majukan ke alamat :-
Unit Keanggotaan
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad
31 Tingkat Bawah, Wisma KOGURU, Jalan Hiliran
21300 Kuala Terengganu
Pn. Anis Nabilah (09-6221881)
No Fax : 09-6264358
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KOGURU telah mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 30 September 2015, bagi meraikan kakitangan yang menyambut hari jadi pada bulan September. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi KOGURU, Tuan Haji Alias bin Yahya, Ahli Lembaga KOGURU dan kakitangan.
Pada 29 September 2015, KOGURU dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah menganjurkan satu Program Kecemerlangan SPM. Program ini melibatkan 100 orang peserta yang terdiri daripada calon-calon SPM peringkat daerah Marang. Program ini telah diadakan di 2 buah sekolah iaitu di SMK Tengku Lela Segara dan SMKA Durian Guling. Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan tahap penguasaan kurikulum pembelajaran dan peperiksaan secara optimum di kalangan pelajar sekolah. Disamping itu, untuk meningkatkan prestasi akademik dan peratusan kecemerlangan.
Pihak KOGURU sekali lagi telah mengadakan perkhidmatan kaunter ekspres ke sekolah-sekolah di Terengganu dan kali ini, SMK Bukit Tunggal telah menjadi pilihan destinasi terbaru. Kakitangan KOGURU seramai 2 orang telah berada di sekolah tersebut pada 28 dan 29 September bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan.
Pada 28 September 2015, pihak KOGURU telah menerima kunjungan dari Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ). Kunjungan dari koperasi tersebut melibatkan 37 orang. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menimba pengetahuan dan berkongsi pengalaman di dalam usaha untuk memajukan koperasi. Kunjungan ini telah diketuai oleh Datin Paduka Hapipah binti Endot selaku Pengarah Koperasi Permodalan Negeri Melayu Johor Berhad.
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad
31, Tingkat Bawah, Wisma Koguru
Jalan Hiliran,
21000 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 09-6221881 / 09-6228881 / 09-6264358