Kepada
Semua Anggota Perwakilan
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN 2015
Dengan ini adalah diberitahu bahawa mesyuarat Agung Pewakilan Tahun 2015 Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad akan diadakan selaras dengan kehendak Seksyen 39 Akta Koperasi 1993 sebagaimana berikut :-
Tarikh : 24 Julai 2015 (Jumaat)
Tempat : Primula Hotel
Jalan Persinggahan
20400 Kuala Terengganu
Pendaftaran : 8:00 - 9:00 pagi
/ Sarapan Pagi
2. Sehubungan dengan itu, semua perwakilan dengan hormatnya dijemput hadir dan mohon kerjasama tuan / puan membawa dan mematuhi perkara berikut.
2.1. Kad Pengenalan / Kad Anggota Bergambar
2.2. Buku Laporan Tahunan 2014
2.3. Pakaian Baju Batik Perwakilan 2015
(Perwakilan lelaki : Seluar hitam dan kasut kulit hitam).
3. Anggota perwakilan boleh datang mengambil Buku Laporan Tahunan 2014 di pejabat koperasi mulai 05 Julai 2015 atau dapatkan semasa pendaftaran Mesyuarat Agung Perwakilan 2015. Tujuan tersebut bagi mengelak amalan anggota yang tidak membawa buku ketika mesyuarat dijalankan.
4. Bagi anggota perwakilan yang berminat untuk menawar diri bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi untuk sesi 2015/2018 bolehlah mendapatkan borang pencalonan di pejabat koperasi mulai 01 Julai 2015 dan tarikh tutup pada atau sebelum hari Khamis 16 Julai 2015, jam 4:00 petang.
5. Sekiranya anggota perwakilan mempunyai usul untuk dibawa dan dibincang dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, usul tersebut hendaklah dihantar ke pejabat Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad pada atau sebelum hari Khamis 16 Julai 2015, jam 4.00 petang.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad
31, Tingkat Bawah, Wisma Koguru
Jalan Hiliran,
21000 Kuala Terengganu
Terengganu darul Iman
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 09-6221881 / 09-6228881 / 09-6264358